Saturday, July 20, 2013

TONIK HATI - MERAWAT BENGKAK HATI

BENGKAK HATI

PENGENALAN HATI


Hati merupakan organ terbesar dalam tubuh badan manusia. Ia terletak di bawah rusuk kanan dan mempunyai berjuta-juta sel yang menjalankan beratus-ratus fungsi untuk tubuh manusia. Malah sukar untuk memisahkan sebarang aspek tubuh yang tidak bergantung dengan HATI.

Antara fungsi-fungsi hati ialah:
  • Menghasilkan protein
  • Menstabilkan gula dalam darah
  • Menghadamkan lemak dan mengeluarkan cairan hempedu
  • Menyingkirkan pelbagai bahan toksik dalam tubuh seperti bahan kimia, alcohol, dadah dan ubat-ubatan.
  • Menghasilkan bahan pembekuan untuk menghentikan pendarahan
  • Menghasilkan antibody untuk menentang virus atau bacteria

HATI boleh mengalami kerosakan atau pembengkakan akibat daripada:
  • Jangkitan virus (seperti jangkitan virus hepatitis A, B, C, D, E dan G, birus denggi dan HIV.
  • Dadah
  • Alcohol
  • Bahan kimia, toksik dan ubat-ubatan.


Bengkak hati perlu dirawat kerana jika dibiarkan ia akan mendedahkan pesakit kepada sirosis hati dan seterusnya kanser hati.

Pada peringkat bengkak hati, biasanya pesakit akan mengalami simptom-simptom awal seperti:

  • Demam yang berterusan 
  • Letih yang melampau
  • Loya dan mual
  • Hilang selera makan 
  • Sakit sendi
  • Penurunan berat badan secara mendadak
  • Jaundis

Apabila sudah sampai ke peringkat sirosis hati, pesakit akan mengalami simptom-simptom kronik seperti:
  • Busung
  • Bengkak kaki
  • Muntah berdarah dan najis berdarah
  • Koma
BAGAIMANA TONIK HATI INI DAPAT MEMBANTU MERAWAT BENGKAK HATI?

TONIK HATI ini dirumus khas untuk mereka yang mempunyai masalah hati, samada hati membengkak, hati berlemak, hati sirosis dan boleh juga digunakan oleh pesakit yang mungkin dijangkiti virus hepatitis. Ia dirumus khas daripada herba-herba yang selamat digunakan oleh pesakit hati dan penggunaanya tidak akan memberi kesan negative kepada hati mahupun orang lain kerana kami memantau pesakit melalui ujian fungsi hati. Jika ubat ini member kesan negative kepada hati sudah tentulah pesakit yang menggunakan tonik hati ini tidak akan nampak kesan pemulihan dan bacaan enzim hatii tidak akan turun ke paras normal.

Antara fungsi tonik hati ialah:

  • Membantu merawat sel-sel hati yang rodak akibat daripada serangan virus hepatitis, dadah, alcohol, bahan kimia dan sebagainya.
  • Membantu untuk membina semula sel-sel hati yang baru dan membantu untuk mengecutkan sel-sel hati yang bengkak.
  • Membantu untuk menghidupkan antibody
  • Membantu melemah dan membasmi virus yang menjadi punca utama kepada penyakit hepatitis
  • Membantu menormalkan kembali bacaan enzim hati
  • Membantu menghilangkan simptom
  • Membantu mencuci darah daripada pelbagai bahan kimia, toksik dan bahan-bahan berat yang lain.

BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?

Dari sudut luaran, pesakit yang mengalami bengkak hati akan melihat perubahan pada simptom yang dialaminya. Bagi pesakit yang mengalami jaundis, ianya kemungkinan akan berkurangan sekurang-kurangnya 1 minggu selepas menggunakan tonik hati.

Walaubagaimanapun, jangka masa kesan pemulihan ini bergantung kepad asistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialaminya. Biasanya proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom. Bukannya semata-mata merawat simptom.

Dari sudut klinikal, pesakit boleh melihat kesan tonik hati melalui ujian darah (UJIAN FUNGSI HATI) lihat pada bacaan enzim hati (ALT, AST, GGT, ALBUMIN, GLOBULIN, BILIRUBIN dan sebagainya). Jika salah satu atau keseluruhan bacaan tersebut menunjukkan penurunan daripada sebelumnya, itu menunjukkan bahawa keadaan hati pesakit semakin pulih. Biasanya pesakit disyorkan membuat ujian ini selepas 3 bulan menggunakan tonik hati. Ini kerana proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom. Bukannya merawat simptom semata-mata.

Terdapat juga pesakit yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal dalam tempoh 3 bulan pertama, tetapi setelah menjalani ujian fungsi hati, berlaku penurunan pada bacaan enzim hati.

Pesakit mestilah memastikan simptom fizikal dan enzim hati berada di paras yang normal sebelum menghentikan penggunana tonik hati. Sekiranya telah sembuh sepenuhnya, pesakit dinasihatkan mengalamalkan tonik hati sebagai supplement dengan dos yang berbeza berbanding sebelumnya atau boleh mengamalkan HBs2 sebagai suppliment bergantung kepada kemampuan pesakit.

PANTANG MAKAN PESAKIT:

  • Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai.
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolesterol tinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera (sardine, laici tin, mcdonanld, kfc dan sebagainya)
  • Elakkan pengambilan susu cair (biasanya dicampurkan di dalam teh tarik)
APAKAN KESAN SAMPINGAN?

  • Keletihan, mengantuk, pedih ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam,.

Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan. Ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.



No comments:

Post a Comment