Sunday, July 21, 2013

TONIK HATI - MERAWAT HATI SIROSIS


SIROSIS HATI

PENGENALAN SIROSIS HATI


Sirosis hati merupakan kerosakan hati akibat pembengkakan hati yang berpanjangan. Hati yang rosak akan mengalami nekrosis dan kemudian akan meninggalkan parut atau fibrosis. Sel baru akan tumbuh dan regenerasi sel ini berlaku dengan cara yang tidak teratur, akibatnya hati akan menjadi keras, kasar dan bernodul.

Pertumbuhan sel yang tidak teratur akan mengganggu struktur susunan sel hati. Ini akan mengganggu fungsi hati, seperti menghalang pengaliran darah dan cairan hempedu dan ini boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti jaundis, busung, muntah berdarah dan koma.




PUNCA-PUNCA HATI SIROSIS:

Kemungkinan akibat daripada jangkitan virus hepatitis, alkohol, bahan kimia dan pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan.

BAGAIMANA TONIK HATI DAPAT MEMBANTU MERAWAT HATI SIROSIS?

Pada peringkat hati sirosis pengaliran darah akan tersekat dan menyebabkan hipertensi portal yang akhirnya akan menyebabkan berlakunya kebocoran pada saluran darah dan pesakit akan mengalami busung, kaki membengkak dan muntah berdarah. Jadi tonik hati ini akan:
  • Membantu untuk merawat semula kerosakan sel-sel hati
  • Membantu merawat bengkak hati
  • Membantu untuk menyuburkan pertumbuhan sel-sel hati yang baru supaya ia tumbuh dengan lebih teratur dan tersusun
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Membantu untuk melancarkan perjalanan darah
  • Membantu untuk mengeluarkan cecair yang berkumpul dalam tubuh pesakit melalui perpeluhan dan air kencing
  • Membantu mengurangkan pendarahan

Berdasarkan kepada rekod kami, rawatan untuk sirosis hati agak lama. Walaubagaimanapun, InsyaAllah dengan pengunaan tonik hati ini ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan simptom-simptom berat yang dialami oleh pesakit seperti dapat mengurangkan busung, bengkak kaki dan mengurangkan pendarahan.

BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?

Dari sudut luaran pesakit yang mengalami sirosis hati akan melihat perubahan dari segi simptom yang dialaminya sebelum menggunakan tonik hati seperti:

  • Jaundis atau kuning pada mata atau tubuh akan berkurangan
  • Busung akan berkurangan dan perut terasa lembut berbanding sebelumya
  • Pesakit kurang mengalami muntah darah atau najis berdarah
  • Warna air kencing kembali normal
  • Selera makan kembali bertambah dll
  • Kurang mengalami sesak nafas
  • Boleh melalukan aktiviti harian seperti biasa
Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialami. Biasanya proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama sesuatu simptom. Bagi pesakit yang mengalami simptom kronik , mereka dinasihatkan mengamalkan tonik hati untuk jangkamasa 3-12 bulan untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Jika pesakit telah sembuh sekalipun, mereka perlulah mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan untuk mengelakkan simptom berulang.

Pastikan pesakit membuat ujian fungsi hati selepas 3 bulan mengamalkan tonik hati. Lihat pada bacaan AST, ALT, BILIRUBIN, GGT, ALBUMIN, ALBUMIN, GLOBUMIN DLL. Sekiranya bacaan tersebut telah normal, galakkan pesakit mengamalkan tonik hati sebagai supplemet tetapi dos yang berbeza (3 hari 1 kapsul) dan syorkan HBs2 kepada pesakit yang tidak berkemampuan untuk membeli tonik hati (tetapi pastikan pesakit betul-betul telah sembuh sepenuhnya)

PANTANG MAKAN PESAKIT:
  • Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai.
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolesterol tinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera (sardine, laici tin, mcdonanld, kfc dan sebagainya)
  • Elakkan pengambilan susu cair (biasanya dicampurkan di dalam teh tarik)
  • Kurangkan minuman bergas dan berkafein
APAKAH KESAN SAMPINGAN:

  • Keletihan, mengantuk, pedih ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam,.
Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan. Ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.



No comments:

Post a Comment