Saturday, July 20, 2013

TONIK HATI - MERAWAT HEPATITIS?

HEPATITIS

PENGENALAN HEPATITIS


Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak mengetahuinya. Tahukah anda virus hepatitits B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan virus HIV (AIDS). Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Hepatitis juga dikenali sebagai radang hati atau bengkak hati.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan hepatitis adalah:
  • Jangkitan virus seperti virus hepatitis A, B, C, D, E dan G, virus denggi dan virus HIV
  • Dadah
  • Alkohol 
  • Bahan kimia dan toksik
  • Ubat-ubatan
Keterukkan hepatitis bergantung kepada agen yang menyebabkan hepatitis dan jangka masa pendedahan kepada agen penyebab kerosakan hati

Hepatitis boleh menyebabkan gejala akut dan gejala kronik:

Gejala akut:
  • Air kencing berwarna gelap
  • Muntah
  • Loya
  • Sakit perut
  • Keletihan yang melampau
  • Sakit sendi
  • Demam
  • Jaundis
Gejala kronik:
  • Busung
  • Kaki membengkak
  • Muntah berdarah dan najis berdarah
  • Koma



Hepatitis A secara asasnya disebabkan makanan atau air yang tercemar. Ia tidak menyebabkan penyakit yang kronik dan berpanjangan. Walaupun radang hati dan bengkak, namun kebanyakkan orang ia boleh sembuh dengan sendirinya dan anda dilindungi imuniti daripada hepatitis A. Virus ini akan membiak di dalam sel hati. Ia juga boleh dijangkiti melalui hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti.

Hepatitis A boleh ditangani dengan vaksin yang diperkenalkan sejak awal 1990-an. Biasanya, anda perlu mendapatkan vaksin hepatitis A jika mengembara ke negara dunia ketiga atau kawasan yang tidak memiliki sistem perparitan dan pencernaan yang baik.

Tanda-tanda jangkitan boleh dilihat selepas dua ke tiga minggu. Pada minggu pertama, individu yang dijangkiti akan mengalami sakit seperti kuning, keletihan, demam, hilang selera makan, muntah-muntah, pening dan kencing yang berwarna hitam pekat. Penyakit hepatitis A mempunyai vaksin yang boleh diambil terutamanya kepada mereka yang ke luar negara. Menjaga kebersihan diri adalah penting. Cuci tangan dengan sabun, jika boleh guna sabun anti kuman selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.

HEPATITIS B

Hepatitis B adalah penyakit yang paling serius dan amat perlu diambil perhatian. Kesedaran tentang bahaya hepatitis B ini masih kurang di kalangan orang ramai. Cara jangkitannya yang begitu mudah, malah lebih mudah daripada dijangkiti AIDS.

Virus ini boleh dijumpai dalam semua bahagian cacair tubuh manusia yang menghidapi hepatitis B secara teruk dan serius. Virus ini dijumpai di dalam darah, air mani, cecair faraj, cecair sendi, air susu, air kencing, air mata dan pelbagai.

Penyakit ini biasanya di Asia adalah daripada kes-kes ibu menjangkitkan ia kepada anak sewaktu bersalin. Penyakit ini boleh dijangkiti melalui pemindahan darah atau sebarang hasil darah melalui luka di kulit atau melalui tindik, membuat tatu, akupuntur, kecederaan jarum dan berkongsi berus gigi. Penagih dadah yang berkongsi jarum turut menghadapi risiko yang sama.

Begitu juga penggunaan alatan perubatan dan pergigian yang tidak dinyah kuman dan dicuci bersih. Jangkitan paling ketara adalah melalui hubungan seksual dan hubungan rapat melalui pembawa penyakit ini. Individu yang menghadapi penyakit ini secara serius dan teruk adalah turut menjadi pembawa.

Hepatitis B boleh menyebabkan gejala akut dan gejala kronik:

Gejala akut:
  • Air kencing berwarna gelap
  • Muntah
  • Loya
  • Sakit perut
  • Keletihan yang melampau
  • Sakit sendi
  • Demam
  • Jaundis
Gejala kronik:
  • Busung
  • Kaki membengkak
  • Muntah berdarah dan najis berdarah
  • Koma

HEPATITIS C

Hepatitis C secara umumnya merebak melalui darah yang tercemar selain boleh merebak menerusi hubungan seksual. Kebanyakan mereka yang dijangkiti hepatitis C tidak menunjukkan sebarang simptom untuk tempoh beberapa tahun. Ia hanya boleh dikesan melalui ujian darah.

Hepatitis C tidak boleh sembuh dengan sendirinya dan jangkitan itu boleh kekal dalam tubuh pesakit seumur hidupnya. Ia mungkin juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain seperti sirosi dan kanser hati. Dalam kes yang serius, hepatitits C hanya boleh ditangani dengan pemindahan hati. Tidak seperti hepatitis A dan B.

Penyakit ini merebak melalui pembedahan kepada darah mereka yang menghidapi penyakit hepatitis C. Malah darah yang telah kering masih mempunyai virus yang boleh dijangkiti.

Antara cara jangkitan adalah:
  • Dengan menyentuh darah yang telah dijangkiti
  • Perkongsian alat suntikan ubat dan darah boleh menjadi punca jangkitan
  • Kebersihan alatan tatu dan tindik juga perlu dipastikan dan mereka yang menerima darah atau produk darah sebelum 1994 perlu menjalalni pemeriksaan
  • Berkongsi berus gigi, pisau cukur dan alat pemotong kuku dengan mereka yang diketahui menghidap hepatitis C. Walau risikonya rendah, namun kesan darah mungkin terdapat pada alatan yang dikongsi.
  • Berkongsi tuala juga boleh mendatangkan risiko.
  • Jangkitan melalui hubungan seks adalah rendah dan masih samar-samar lagi kewujudannya. Namun ada kajian tentang bahan-bahan virus ini dijumpai di dalam cecair vagina dan air mani.

Belum ada vaksin lagi untuk mencegah hepatitis C. Penjagaan kebersihan adalah penting bagi menghindari mana-mana jenis hepatitis

Langkah-langkah pencegahan:

  • Elakkan berkongsi berus gigi
  • Elakkan berkongsi pencukur
  • Elakkan berkongsi tuala dengan mana-mana individu
  • Jangan berkongsi jarum atau alatan perubatan dan pastikan alatan perubatan dan pergigian telah dibersihkanterlebih dahulu.
  • Elakkan amalan seks bebas
  • Jangan bertukar-tkar pasangan. Pemakaian kondom masih tidak dapat mengelakkan jangkitan kerana virus ini telah didapati dalam air liur dan cecair badan orang lain. 
  • Dapatkan suntikan vaksin terutamanya hepatitis B
  • Bersihkan tangan selepas ke tandas dan sebelum makan
  • Jalani pemeriksaan kesihatan dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali dan sebaiknya 6 bulan sekali.

Hepatitis A,B dan C mudah untuk dielakkan. Sebarkan maklumat bahan bahaya penyakit ini kepada yang lain kerana ia semakin menjadi wabak. Dapatkan vaksin dan perbaharuinya setiap 6 tahun bagi vaksin hepatitis B.


HEPATITIS D

Agen delta yang hanya menjangkiti pesakit yang mempunyai virus hepatitis B. Ini kerana virus ini tidak boleh wujud bersendirian dan memerlukan virus hepatitis B untuk membiak.

HEPATITIS E

Virus ini boelh menjangkiti manusia melalui makanan atau air yang tercemar. Ia membiak di dalam saluran usus dan disebarkan melalui najis pesakit dan virus ini lebih kerap menjangkiti ibu hamil

HEPATITIS G

Disebarkan oleh darah atau bahan yang diperolehi dari darah.



BAGAIMANA TONIK HATI DAPAT MEMBANTU MERAWAT HEPATITIS?

Tonik hati berfungsi untuk:
  • Membantu menghidupkan antibodi sekaligus membantu melemah dan membasmi virus hepatitis
  • Menormalkan kembali bacaan enzim hati bagi pesakit yang sudah mengalami masalah hati
  • Membantu menguat, membaiki dan menjaga fungsi organ hati dan membaiki kerosakan-kerosakan sel-sel hati.
  • Membantu menghilangkan gejala-gejala akut dan mengurangkan gejala-gejala kronik
  • Membantu menyuburkan pertumbuhan sel-sel hepatosit (sel-sel hati) yang baru mengikut susunan yang teratur dan lengkap
  • Membantu mencuci darah daripada pelbagai bahan kimia, toksik dan bahan-bahan berat yang lain
  • Membantu mengeluarkan virus daripada hati


Hasil kajian yang mendalam beserta rekod-rekod pesakit lepas, proses penyembuhan mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hari dan ada sesetengah pesakit mengambil masa melebihi tempoh 100 hari bergantung kepada jumlah virus dan jangka masa pendedahan pesakit kepada virus.

Terdapat 3 peringkat penyembuhan virus hepatitis:

Domain:


Setelah Jabbar Hidayah HB Plus memasuki aliran darah, ubat ini akan bekerja untuk memperbaiki san membina sel hati pesakit yang telah rosak (hati membengkak) akibat daripada pertumbuhan sel yang tidak teratur disebabkan oleh hati yang diserang virus. Pada ketika ini, pesakit kemungkinan akan merasa sedikit kesan sampingan seperti mengantuk.

Di dalam prinsip rawatan Jabbar Hidayah HB Plus, peringkat ini dikenali sebagai peringkat domain di mana tahap domain ini adalah tahap permulaan rawatan untuk penyembuhan hepatitis. Pada peringkat ini, ubat ini akan ‘mengganggu’ kedudukan virus di luar hati, di bawah hati atau dalam sel-sel hati. Virus ini akan ‘bertebaran’ dan memasuki aliran darah.

Natural:

Jika kuantiti virus sedikit dan hati belum mengalami kerosakan yang teruk, ubat mula bertindak untuk membasmi sebahagian besar virus. Hati mula bebas daripada virus dan mula subur. Ubat ini membetulkan kembali susunan sel-sel hepatosit yang sebelum ini tidak teratur akibat daripada jangkitan virus. Pada tahap ini, jika pesakit mengalami bengkak hati, biasanya ia sudah kembali normal atau sembuh dan telah mula membekalkan antibodi untuk tubuh.

Pesakit mula bertenaga, sihat dan cergas. Terdapat juga sesetengah pesakit yang sudah menganggap mereka sudah sembuh sepenuhnya. Ada diantara mereka telah meninggalkan ubat atau makan tidak teratur dan tidak berdisiplin. Faktor ini menyebabkan ada pesakit mendakwa mereka lambat sembuh.

Negatif:

Kebanyakkan pesakit hampir bebas daripada pembawa kronik kepada pasif (apabila HbeAg (+) bertukar kepada HbeAg (-) dan jumlah virus di bawah 10,000 ‘copies’. Kuantiti virus juga boleh menurun dengan mendadak hingga mencapai <200 ‘copies’. Untuk sirosis dan kanser hati, proses penyembuhan mungkin mengambil masa yang panjang. Pengambilan ubat secara berterusan adalah perlu bagi pesakit yang sudah mencapai tahap kronik.

Namun begitu, ada sesetengah pesakit mendapati berlaku peningkatan virus selepas 3 bulan menggunakan Jabbar Hidayah HB Plus (tonik hati). Ini adalah kesan biasa yang pernah dilalui oleh pesakit lain juga. Contoh: sebelum mennggunakan tonik hati, kuantiti virus 10,000 “copies”. Selepas menggunakan tonik hati kuantiti virus menjadi 1,000,000 “copies”.

Sebenarnya, pesakit tidak perlu panik atau takut. Ini bermakna ubat ini bertindak untuk mengeluarkan seluruh virus yang tersimpan di bawah hati. Sekurang-kurangnya pesakit dapat mengetahui jumlah virus sebenar yang selama ini masih bersembunyi di bawah hati. Virus yang tersimpan ini akan merosakkan sel hati secara senyap tanpa sebarang simptom dan akhirnya akan mendedahkan pesakit kepada kanser hati.


BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?

Dari sudut luaran, pesakit yang mengalami jangkitan virus hepatitis akan melihat perubahan pada simptom yang dialaminya seperti:

  • Jaundis atau kuning pada mata atau tubuh akan berkurangan
  • Demam akan berkurangan
  • Busung akan berkurangan
  • Akan lebih bertenaga
  • Warna air kencing kembali normal
  • Selera makan kembali bertambah dll
Pesakit biasanya akan merasa sedikit perubahan sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 minggu pertama selepas menggunakan tonik hati.

Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit yang dialaminya. Biasanya proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom. Bukannya merawat simptom semata-mata.

Dari sudut klinikal, pesakit boleh melihat kesan tonik hati melalui ujian darah iaitu ujian ‘HEPATITIS B SCREENING’ untuk menentukan pasakit masih membawa virus hepatitis atau pulih sepenuhnya.


UJIAN HEPATITS B SCREENING:

Jika HBs Ag : detected (menunjukkan pesakit masih mempunyai virus)

Anti HBs Ag : not detected (menunjukkan pesakit tidak mempunyai antibodi untuk menentanh=g virus hepatitis B)

Jika HBs Ag : not detected (menunjukkan pesakit telah tiada virus hepatitis B)

Anti HBs Ag: detected (menunjukkan antibodi untuk menentang virus Hepatitis B telah wujud)

Bagi pesakit yang mengalami bengkak hati, sirosis atau keroasakan pada hati, dinasihatkan membuat ujian fungsi hati dan melihat bacaan pada enzim hati seperti AST, ALT, BILIRUBIN, ALBUMIN, GLOBULIN dan sebagainya. Jika bacaan enzim hati tersebut menunjukkan penurunan, ini bermakna sudah berlaku pengurangan pada kerosakan sel hati pesakit.

Selain itu, pesakit juga digalakkan untuk membuat ujian “VIRAL LOAD” untuk mengira kuantiti virus.

Sekiranya pesakit membawa laporan ujian darah dapatkan satu salinan untuk rekod anda, supaya anda boleh membandingkan sebelum dan selepas pesakit menggunakan tonik hati. Pesakit dinasihatkan menjalani ujian fungsi hati dan hepatitis B Screening sekurang-kurangnya selepas 3 bulan menggunakan tonik hati untuk melihat kesan yang maksimum.

Terdapat juga pesakit yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal dalam tempoh 3 bulan pertama, tetapi setelah menjalani ujian darah, berlaku penurunan pada bacaan enzim hati. Walaubagaimanapun, ia juga menunjukkan kesan yang positif.

Pesakit mestilah memastikan simptom izikal, enzim hati berada di paras yang normal dan hepatitis telah sembuh sepenuhnya sebelum menghentikan penggunaan tonik hati. Sekiranya telah sembuh sepenuhnya, pesakit dinasihatkan mengamalkan tonik hati sebagai supplement dengan dos yang berbeza berbanding sebelumnya atau boleh mengamalkan HBs2 sebagai suplement bergantung kepada kemampuan pesakit.

PANTANG MAKAN PESAKIT:

  • Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai.
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolesterol tinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera (sardin, laici tin, mc'donald, kfc dan sebagainya)
  • Elakkan pengambilan susu cair (biasanya dicampurkan di dalam teh tarik)
  • Kurangkan minuman bergas dan berkafein

APAKAH KESAN SAMPINGAN:

  • Keletihan, mengantuk, pedih ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam,.

Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan. Ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.




No comments:

Post a Comment