Saturday, July 20, 2013

TONIK HATI - MERAWAT HATI BERLEMAK

HATI BERLEMAK

PENGENALAN HATI BERLEMAK


Selain masalah jantung mengandungi lemak yang bleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain tidak terkecuali berdepan masalah sama. Organ yang dimaksudkan adalah hati.

Secara umum, hati berlemak atau steatosis adalah keadaan di mana kandungan lemak berlebihan pada hati. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan penghidap mengalami komplikasi. Ia mendedahkan individu terbabit kepada masalah hati atau lain-lain penyakit yang lebih serius.

Hati berlemak boleh menyebabkan radang pada sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis. Ia kerap dikaitkan dengan pengambilan minuman keras atau dikenali sebagai non-alcoholic steatohepatitis (NASH).

Selain itu, penyakit seperti batuk kering, diet tidak seimbang dan pembedahan pintasan usus kecil untuk obesiti dan pengambilan ubat tertentu menjadi punca berlakunya hati berlemak. Namun begitu, makan makanan berlemak tidak mempunyai kesan langsung terhadap pengumpulan lemak pada hati. Malah, ada pesakit mempunyai paras lemak normal dalam darah.

Beberapa kajian mendapati hati berlemak antara sebab menurunkan enzim hati yang dikenalpasti pada ujian darah secara rutin. Enzim ini dikeluarkan oleh sel hati apabila berlaku radang pada sel berkenaan.

Tanda

Kebanyakkan pesakit hati berlemak tidak mengadu mereka mengalami masalah ini. Namun, kajian menunjukkan 50% golongan ini mengadu letih, sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen.

Jika keadaan hati berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis dan sirosis, pesakit akan mengalami masalah hati, busung, pembengkakan kaki, demam dan jaundis.

individu berisiko menghidap hati berlemak:
  • Mereka yang banyak minum minuman keras
  • Kekurangan pengambilan makanan berzat yang seimbang
  • Obesiti
  • Pesakit diabetes
  • Sindrom reye (di kalangan kanak-kanak)
  • Kehamilan
  • Ubat-ubatan yang diambil secara berlebihan

BAGAIMANA TONIK HATI DAPAT MEMBANTU MERAWAT HATI BERLEMAK?

TONIK HATI ini dirumus khas bagi membantu merawat masalah hati. Bagi pesakit yang menghidap hati berlemak, ia dapat membantu untuk merawat semula kerosakkan sel-sel hati dan seterusnya menyingkirkan lemak yang menyelaputi sel hati dan mengurangkan simptom-simptom yang dialami oleh pesakit. Namun begitu, proses untuk merawat bergantung kepada bacaan enzim hati (GGT).

Jika enzim ini terlalu tinggi kemungkinan pesakit perlu menggunakan tonik hati untuk tempoh 3-12 bulan. Lemak di hati boleh dilihat melalui ujian fungsi hati atau imbasan. Ketika pesakit menjalani ujian imbasan (scan) akan kelihatan tompok-tompok putih pada hati (hati berlemak pada hati manusia sama seperti lemak pada hati ayam)

BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?

Dari sudut luaran pesakit yang mengalami hati berlemak akan melihat perubahan pada simptom yang dialaminya. Biasanya jaundis akan berkurangan, dan demam akan pulih, busung juga akan berkurangan. Tetapi jangka masa untuk busung sembuh sepenuhnya bergantung kepada tahap kerosakan hati pesakit.

Pesakit biasanya akan merasa sedikit perubahan sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 minggu pertama selepas menggunakan tonik hati. Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ni bergantung kepada sistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialaminya. Biasanya proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom. Bukannya merawat simptom semata-mata.

Dari sudut klinikal, pesakit boleh melihat kesan tonik hati melalui ujian darah (UJIAN FUNGSI HATI) lihat pada bacaan enzim hati. Jika pesakit menghidap hati berlemak lihat pada bacaan GGT pada ujian fungsi hati. Jika bacaan GGT sudah menunjukkan penurunan, itu bermakna sudah berlaku pengurangan lemak di hati pesakit. Pastikan bacaan tersebut berada di paras yang normal sebelum menghentikan penggunaan tonik hati. Pesakit dinasihatkan menjalani ujian fungsi hati sekurang-kurangnya selepas 3 bulan menggunakan tonik hati untuk melihatkan kesan yang maksimum.

Terdapat juga pesakit yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal dalam tempoh 3 bulan pertama, tetapi setelah menjalani ujian fungsi hati, berlaku penurunan pada bacaan enzim hati. Walaubagaimanapun ia juga menunjukkan kesan yang positif.

Pesakit mestilah memastikan simptom fizikal dan enzim hati berada di paras normal sebelum menghentikan penggunaan tonik hati. Sekiranya telah sembuh sepenuhnya, pesakit dinasihatkan mengamalkan toik hati sebagai supplement dengan dos yang berbeza berbanding sebelumnya atau boleh mengamalkan HBs2 sebagai supplement bergantung kepada kemampuan pesakit.


PANTANG MAKAN PESAKIT:

· Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai.

· Kurangkan pengambilan garam

· Elakkan makanan laut yang bercengkerang

· Elakkan makanan yang berkolesterol tinggi dan makanan berlemak

· Elakkan makanan segera (sardine, laici tin, mcdonanld, kfc dan sebagainya)

· Elakkan pengambilan susu cair (biasanya dicampurkan di dalam teh tarik)

· Kurangkan minuman bergas dan berkafein


APAKAH KESAN SAMPINGAN:

· Keletihan, mengantuk, pedih ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam,.

Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.


No comments:

Post a Comment