Sunday, July 21, 2013

TONIK HATI - MERAWAT JAUNDIS ATAU KUNING

KUNING @ JAUNDIS

PENGENALAN JAUNDIS @ KUNING


Jaundis berlaku akibat daripada pembengakan sel hati atau saluran hempedu tersumbat. Sel hepatosit (sel hati) membengkak akibat daripada jangkitan virus hepatitis, kuman, pengambilan alkohol, pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan dll.

Apabial sel-sel hati membengkak ia akan menyebabakan saluran menjadi sempit dan pengaliran hempedu terganggu dan cairan hempedu akan tumpah ke dalam seluran darah. Akibatnya, cairan hempedu dan darah bercampur dan pesakit akan mengalami gejala kuning atau jaundis. Jika saluran hempedu tersumbat kerana batu atau ketumbuhan, gejala jaundis boleh menjadi sangat teruk sehingga kulit pesakit menjadi kuning kehijauan dan menyebabkan kegatalan kulit,

BAGAIMANA TONIK HATI MEMBANTU MERAWAT JAUNDIS ATAU KUNING?

Pada peringkat ini biasanya peskit digalakkan untuk menggunakan tonik hati dalam tempoh 3-6 bulan bagi menampakkan kesan yang maksimum.

Fungsi tonik hati adalah:
  • Membantu untuk merawat semula kerosakan sel-sel hati
  • Membantu merawat bengkak hati
  • Membantu untuk menyuburkan pertumbuhan sel-sel hati yang baru supaya ia tumbuh dengan lebih teratur dan tersusun
  • Mengurangkan jaundis
  • Membantu mengurangkan demam
  • Membantu menghidupkan antibodi
  • Membantu membuka selera makan
  • Meningkatkan tenaga
  • Membantu melancarkan perjalanan darah

Berdasarkan rekod kami, bengkak hati atau jaundis lebih mudah di rawat kerana ia masih di peringkat awal penyakit hati.

BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?
Dari sudut luaran pesakit yang mengalami sirosis hati akan melihat perubahan dari segi simptom yang dialaminya sebelum menggunakan tonik hati seperti:
  • Jaundis atau kuning pada mata atau tubuh akan berkurangan
  • Pedih ulu hati akan berkurangan
  • Kuning pada air kencing akan berkurangan
  • Kegatalan pada kulit akan berkurangan
  • Selera makan kembali bertambah dll
  • Boleh melalukan aktiviti harian seperti biasa

Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialami. Biasanya proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama sesuatu simptom. Bagi pesakit yang mengalami simptom kronik , mereka dinasihatkan mengamalkan tonik hati untuk jangkamasa 3-12 bulan untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Jika pesakit telah sembuh sekalipun, mereka perlulah mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan untuk mengelakkan simptom berulang.

Pastikan pesakit membuat ujian fungsi hati selepas 3 bulan mengamalkan tonik hati. Lihat pada bacaan AST, ALT, BILIRUBIN, GGT, ALBUMIN, ALBUMIN, GLOBUMIN DLL. Sekiranya bacaan tersebut telah normal, galakkan pesakit mengamalkan tonik hati sebagai supplemet tetapi dos yang berbeza (3 hari 1 kapsul) dan syorkan HBs2 kepada pesakit yang tidak berkemampuan untuk membeli tonik hati (tetapi pastikan pesakit betul-betul telah sembuh sepenuhnya)



PANTANG MAKAN PESAKIT:
  • Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai.
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolesterol tinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera (sardine, laici tin, mcdonanld, kfc dan sebagainya)
  • Elakkan pengambilan susu cair (biasanya dicampurkan di dalam teh tarik)
  • Kurangkan minuman bergas dan berkafein

APAKAH KESAN SAMPINGAN:
  • Keletihan, mengantuk, pedih ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam,.
Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.



1 comment:

  1. Salam admin..nk tnya ubat ni budak 6 tahun bleh mkn tak?

    ReplyDelete