Friday, July 5, 2013

PENGENALAN ORGAN HATI


HATI MANUSIA:
  • Merupakan organ terbesar dalam tubuh badan manusia
  • Beratnya: 1200-1500g dan ini merupakan 2% daripada berat badan orang dewasa.
  • Saiz hati lebih besar pada kanak-kanak dan merupakan hampir 6% daripada berat badan bayi semasa lahir. Hati lelaki lebih berat daripada hati wanita.
  • Terletak di bawah rusuk kanan.
  • Hati dibahagikan kepada 2 bahagian:
             * Lobus kanan – lebih besar daripada lobus kiri
             * Lobus kiri
  • Hati mengandungi berbilion-bilion sel yang tersusun rapi untuk menjalankan pelbagai fungsi hati
ANTARA FUNGSI-FUNGSI HATI:

  • Menghasilkan protein
  • Menstabilkan gula dalam darah
  • Mengawal suhu tubuh dengan meningkatkan duhu darah semasa darah mengalir melalui bahagian dalaman hati.
  • Mempertahankan tubuh daripada serangan bakteria dan juga virus
  • Memusnahkan bahan toksik dalam tubuh seperti kimia alkohol, dadah dan ubat-ubatan
  • Menghasilkan bahan pembekuan untuk menghentikan pendarahan

APAKAN SIMPTON-SIMPTON PENYAKIT HATI:

Simpton awal:
  • Keletihan
  • Demam sederhana
  • Sengal tulang dan otot
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Ketidakselesaan pada abdomen
  • Kadangkala cirit-birit
  • Air kencing gelap
  • Najis pucat 
  • Kuning (jaundis)

Simpton kronik:

  • Busung 
  • Muntah berdarah
  • Najis berdarah
  • Koma @ ensefalopati

APAKAH HUBUNGAN HATI DAN PUNDI HEMPEDU?

  • Hati mempunyai hubungan rapat dengan pundi hempedu yang terletak di bawah permukaan hati
  • Sel hati dipanggil hepatosit-sel ini mengeluarkan cairan hempedu berwarna kuning kehijauan yang akan mengalir melalui saluran hempedu ke pundi hempedu untuk disimpan sehingga diperlukan.
  • Cairan hempedu penting untuk penghadaman lemak
  • Apabila kita mengambil makanan berlemak, pundi hempedu akan mengecut dan cairan hempedu akan mengalir keluar ke duodenum untuk membantu menghadamkan lemak.
  • Sesetengah pesakit hepatitis terpaksa meghindarkan makanan berlemak semasa penyakit hepatitis aktif.
  • Pesakit mungkin terasa tidak selesa di bahagian ulu hati selepas mengambil makanan berlemak. Ini adalah kerana pengeluaran cairan hempedu dan penghadaman lemak terganggu.

BAGAIMANA HATI MENGHASILKAN HEMPEDU DAN APAKAH KEPENTINGANYA?

  • Cairan hempedu penting untuk penghadaman lemak
  • Hati meghasilkan cairan hempedu secara berterusan
  • Cecair hempedu mengalir melalui saluran hempedu diantara sel-sel hepatosit dan disimpan didalam pundi hempedu sehingga diperlukan.
  • Hati menghasilkan antara 500-1000ml cairan hempedu, dan antara 250-500mg asid hempedu ini akan dikeluarkan bersama najis setiap hari
  • Di pundi hempedu, garam dan cairan hempedu diserap dan cairan ini dipekatkan hampir 10 kali ganda
  • Apabila kita mengambil makanan berlemak, cairan hempedu akan mengalir keluar dari pundi hempedu ke dalam duodenum untuk membantu menghadamkan makanan tersebut
  • Cairan hempedu diperlukan untuk menghadamkan makanan berlemak, dan ini pula adalah penting untuk menyerap vitamin A,D, E dan K.
  • Vitamin-vitamin ini sangat diperlukan untuk kehidupan 
  • Pesakit yang mengalami kekurangan vitamin K mudah mengalami pendarahan
  • Akibatnya pesakit hepatitis akut mungkin memerlukan suntikan vitamin K tambahan sehingga penyakitnya pulih kembali.

ADAKAH CAIRAN HEMPEDU DAN DARAH BERCAMPUR DI HATI?

  • Kedudukan setiap sel hati sangat teratur dan saling berpasangan
  • Diantara susunan sel hati terdapat kanalikulus hempedu untuk mengalirkan cairan hempedu
  • Walaupun sel hati menghasilkan hempedu tetapi pengaliran cairan hempedu dan darah adalah terpisah dari peringkat awal lagi
  • Barisan hepatosit yang tersusun rapi membolehkan pemisahan di antara pengaliran cairan hempedu dan pengaliran darah.
  • Jangkitan virus hepatitis menyebabkan sel hepatosit menjadi bengkak.
  • Ini akan menyebabkan saluran hempedu dan darah bercampur dan pesakit mengalami gejala penyait kuning atau jaundis.
  • Jika saluran hempedu tersumbat kerana batu atau ketumbuhan, gejala jaundis boleh menjadi sangat teruk sehingga kulit pesakit menjadi kuning kehijauan dan menyebabkan kegatalan pada kulit.
  • Darah mengandungi 2 komponen protein utama iaitu albumin dan globulin.
  • Hati meghasilkan hampir 85% daripada protein darah.
  • Albumin penting untuk mengawal tekanan on-kotik pada pembuluh darah.
  • Tekanan ini penting untuk menghalang cairan darah daripada mengalir keluar dari pembuluh darah dan masuk ke rongga tubuh.
  • Jika cecair mula meresap keluar daripada pembuluh darah, ini akan menyebabkan pembengkakan pada kaki, dan penakungan cairan pada rongga abdomen. Keadaan ini dipanggil busung atau asites.

APAKAH MAKSUD SIROSIS HATI?
  • Sirosis ialah kerosakan hati akibat pembengkakan hati berpanjangan. Hati yang rosak akan mengalami nekrosis dan kemudian akan meninggalkan parut atau fibrosis.
  • Sel baru akan tumbuh dan regenerasi sel ini berlaku dengan cara yang tidak teratur, akibatnya hati akan menjadi keras, kasar dan bernodul.
  • Pertumbuhan yang tidak teratur akan mengganggu struktur susunan sel hati.
  • Ini akan mengganggu fungsi hati, seperti menghalang pengaliran darah dan cairan hempedu dan ini boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti jaundis, busung, muntah darah, ensefalopati dan koma.

APAKAH TANDA FIZIKAL SIROSIS HATI:

  • Pesakit yang dijangkiti virus hepatitis B atau C selepas beberapa tahun akan mengalami sirosis hati. Antara kompilasi yang dialami oleh pesakit sirosis hati ialah:
  1. Hati tidak lagi dapat melakukan fungsinya dengan sempurna. Bahan makanan tidak dapat diproses menjadi protein dan kekurangan albumin mengakibatkan tekanan on-kotik menurun dan cecair dari saluran darah mengalir keluar ke rongga abdomen. Hipertensi portal jug amenolak keluar cecair dari saluran darah dan menyebabkan asites.
  2. Pengeluaran limfa berlaku dengan berlebihan kerana pengalirannya tersekat disebbkan sirosis.
  3. Akibat keseluruhannya, ialah pesakit mengalami penakungan cecair pada kaki, abdomen dan seluruh badan.
  4. Pada keadaan sirosis hati mengeras, pengaliran darah tersekat, tekanan darah di hati meningkat: keadaan ini dipanggil hipertensi portal.
  5. Darah mengalir mengikut pengaliran kolateral di bahagia esofagus, usus, dan dubur. Saluran darah di esofagus mengembang dan terjadi varisis pada bahagian esofagus.
  6. Tekanan darah yang tinggi boleh mengakibatkan saluran darah ini bocor dan pesakit mengalami muntah darah. 
  7. Hati membuat pelbagai faktor pembekuan. Apabial faktor ini berkurangan, pesakit akan mudah megalami pendarahan. Kejadian ini boleh berlaku pada bahagian permukaan tubuh seperti di kulit yang akan menjadi lebam. Keadaan yang lebih serius ialah apabila pendarahan berlaku pada otak dan ini boleh menyebabkan angin ahmar atau koma.
  8. Kegagalan hati menyebabkan bahan beracun tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Akibatnya pesakit boelh mengalami ensefalopati dan seterusnya tidak sedarkan diri dan akhirnya koma. Paras bilirubun juga akan meningkat dan pesakit mendapat jaundis.
  9. Hati yang rosak tidak dapat membekalkan protein yang cukup untuk membuat antibodi. Akibatnya tubuh terdedah kepada jangkitan bakteria.
  10. Hati juga tidak dapat menyaring bakteria yang berada dalam darah dan ini boleh menyebabkan jangkitan yang boleh membawa maut.
  11. Komplikasi jangka panjang sirosis hati ialah ia meningkatkan risiko kanser hati. Regenerasi sel hati berlaku tanpa kawalan dan biasanya sel baru ini akan terus membahagi dan membesar dan berpotensi bertukar menjadi kanser. Jika sirosis berlarutan dan kanser hati tidak dapat dikesan awal, ini boleh membawa maut.

MENGAPAKAH JIKA HATI ROSAK MATA MENJADI KUNING DAN NAJIS PUCAT?

  • Sel darah merah atau eritrosit mempunya jangka hayat sekitar 120 hari
  • Sebahagian daripada eritrosit yang berumur lebih daripada 120 hari akan dimusnahkan di hati.
  • Sel darah merah mendapat warnanya yang merah daripada bahan pewarna yang dipanggil hemoglobin.
  • Apabial sel darah merah dimusnahkan, hemoglobin dipecahkan menjadi dua bahagian iaitu molekul heme dan molekul globin.
  • Heme pula dipecahkan menjadi bahan pigmen berwarna yang dipanggil bilirubin yang akan mengalir keluar ke dalam darah.
  • Hati boleh menjadikan bilirubin lebih mudah larut supaya ia juga dapat dikeluarkan melalui usus dan air kencing.
  • Bakteria di usus menukarkan bilirubin menjadi urobilinogen yang berwarna kuning dan sterkobilin yang berwarna coklat iaitu bahan yang mewarnai najis.
  • Jika sel membengkak atau saluran hempedu tersumbat, paras bilirubin dalam darah meningkat dan ini menyebabkan Jaundis.
  • Jika keadaan ini menjadi teruk, kulit juga boleh menjadi kuning dan gatal.
  • Jika saluran hempedu tersumbat, pengeluaran sterkobilin ke dalam usus berkurangan dan najis akan menjadi pucat.
  • Sementara itu Urobilinogen masih mudah larut kedalam darah dan akan dikeluarkan melalui air kencing.
  • Pertukaran warna pada najis dan air kencing adalah tanda awal penyakit hati.
  • Pada pesakit jangkitan virus hepatitis akut, bilirubin dapat dikesan pada air kencing lebih awal sebelum urobilinogen atau sebelum kejadian Jaundis.


HATI BERLEMAK:
  • Hati berlemak merupakan satu keadaan dimana terdapat lemak yang berlebihan pada hati yang berpunca daripada pengambilan makanan berkolesterol tinggi, pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan dan juga pengambilan minuman beralkohol.

No comments:

Post a Comment