Friday, July 5, 2013

PENGENALAN HEPATITIS


APAKAH HEPATITIS
  • Perkataan lain bagi hati adalah HEPAR. Dalam bahasa Greek “Hepato” ialah “Hepar” dan “itis” ialah bengkak. Hepatitis ialah pembengkakan hati.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN HEPATITIS?
  • Jangkitan Virus
  • Dadah
  • Alkohol
  • Bahan kimia dan toksik

Terdapat beberapa jenis Virus yang boleh menjangkiti hati dan menyebabkan Hepatitis. Virus yang kerap menyebabkan Hepatitis ialah:

1. Virus Hepatitis A (VHA)

2. Virus Hepatitis B (VHB)

3. Virus Hepatitis C (VHC)

Hepatitis juga boleh disebabkan oleh virus-virus lain seperti:

1. Virus Hepatitis D (VHD)

2. Virus Hepatitis E (VHE)

3. Virus Hepatitis G (VHG)

4. Virus Denggi

5. Virus HIV

Keterukan Hepatitis bergantung pada agen yang menyebabkan hepatitid dan jangka masa pendedahan kepada ejen penyebab kerosakan hati.

JENIS-JENIS HEPATITIS:

BIL
JENIS HEPATITIS
KETERANGAN
1.
Hepatitis A
Disebabkan oleh VHA yang dahulunya dikenali sebagai hepatitis berjangkit.
2.
Hepatitis B
Pernahh dikenali sebagai hepatitis serum kerana VHB disebarkan melalui serum darah
3.
Hepatitis C
Sebelumnya dipanggil non-A, non-B iaitu pesakit yang mengalami gejala hepatitis akibat jangkitan virus selain VHA dan VHB. Ini adalah kerana dahulu agen penyebab hepatitis ini belum diketahui lagi.
4.
Hepatitis D
Agen delta yang hanya menjangkiti pesakit yang mempunyai VHB. Ini kerana virus ini tidak boleh wujud bersendirian dan memerlukan VHB untuk membiak.
5.
Hepatitis E
Disebabkan oleh VHE yang disebarkan melalui najis pesakit,dan virus ini lebih kerap menjangkiti ibu hamil.
6.
Hepatitis G
Disebabkan oleh VHG yang disebarkan melalui darah atau bahan yang diperoleh dari darah.

 APAKAH YANG AKAN BERLAKU APABILA DIJANGKITI VIRUS HEPATITIS?

Apabila seseorang dijangkiti virus hepatitis, sesetengah virus akan menyerang hati dan menyebabkan hepatitis. Sesetengah virus hepatitis membiak di dalam sel hati dan merosakkan sel hati secara langsung. Sementara itu, ada juga virus yang menyebabkan pembengkakan hati kerana kesan tindak balas tubuh terhadap virus.

  • Virus hepatitis A membiak di dalam sel hati
  • Virus hepatitis C membiak di dalam saluran usus
  • Virus hepatitis B,C, D dan G dijangkiti melalui darah dan memasuki tubuh dari saluran darah
Sistem pertahanan tubuh atau sistem imun akan menghapuskan virus dengan mengeluarkan antibodi. Kemunculan antibodi terhadap sesuatu jenis virus seperti antibodi terhadap VHA (anti-VHA) dan antibodi terhadap bahagian tertentu VHB menandakan jangkitan telah berlaku dan tubuh telah mendapat kekebalan atau imuniti terhadap virus tersebut.

APAKAH MASA PENGERAMAN DAN KESAN JANGKITAN VIRUS HEPATITIS?

  • Masa pengeraman virus ialah masa antara jangkitan virus sehingga timbul gejala penyakit.
  • Setiap virus Hepatitis mempunyai masa pengeraman yang berlainan.
Virus Hepatitis A dan E = Gejala penyakit boleh terjadi dalam masa 2-3 minggu selepas pendedahan.

VHB dan VHC = Masa pengeramannya antara 1-2 bulan dan mungkin sehingga 6 bulan sebelum timbul gejala penyakit. Purata masa pengeraman VHB ialah antara 2-3 bulan.

BAGAIMANA VIRUS HEPATITIS MEREBAK?

Cara penyebaran virus-virus hepatitis:

Cara jangkitan
VHA
VHB
VHC
VHD
VHE
Melalui bahan makanan
Y
T
T
T
Y
Melalui najis
Y
T
T
T
Y
Pencemaran air
Y
T
T
T
Y
Makanan laut mentah
Y
T
T
T
?
Dadah
TK
Y
Y
Y
T
Pemindahan darah
TK
Y
Y
Y
TK
Hemodialisis
T
Y
Y
Y
T
Hubungan seks
TK
Y
TK
Y
TK
Dikalangan ahli keluarga
Y
TK
TK
TK
Y
Ibu kepada janin
TK
Y
TK
Y
TK


PERBANDINGAN ANTARA VHA, VHB DAN VHC.



VHA
VHB
VHC
Jenis virus
RNA
DNA
RNA
Masa pengeraman
15-20 hari
50-60 hari
42-56 hari
    Cara penyebaran



    1. Darah
Tidak
Ya
Ya
    2. Najis
Ya
Tidak
Tidak
    3. Air liur
Ya
Ya
Tidak
    4. Ahli keluarga
Ya
Ya
Tidak kerap
Serangan akut
Bergantung pada umur
Sederhana atau teruk
Biasanya sederhana
Ruam
Ya
Ya
Ya
Hepatitis kronik
Tidak
10%
60-80%
Kanser hati
Tidak
Ya
Ya


APAKAH GEJALA-GEJALA HEPATITIS?

Terdapat 2 gejala hepatitis iaitu gejala akut dan kronik.

Gejala akut:
  • Keletihan
  • Demam sederhana
  • Sengal tulang dan otot
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Ketidakselesaan pada abdomen
  • Kadangkala cirit birit
  • Air kencing gelap
  • Najis pucat
  • Kuning (jaundis)

Gejala kronik:
  • Busung
  • Muntah berdarah
  • Najis berdarah
  • Koma @ ensefalopati

BOLEHKAH PESAKIT HEPATITIS BERSENAM?

Senaman lasak semasa serangan hepatitis akut harus dielakkan. Aktiviti riadah dan senaman sedehana boleh dimulakan apabila gejala penyakit mula beransur sembuh. Secara umum bersenamlah ikut tahap kemampuan diri sendiri. Jika keletihan jangan memaksa diri keterlaluan. Walau bagaimanapun pesakit tidak perlu berbaring di katil sepenuh masa.


BOLEHKAH JANGKITAN VIRUS HEPATITIS BERULANG?

Pesakit boleh dijangkitivirus hepatitis berulangkali kerana terdapat lebih daripada satu jenis virus hepatitis. Imuniti dari jangkitan VHA dan VHE akan berkurang selepas beberapa tahun.

Ini memungkinkan jangkitan VHA atau VHE berlaku untuk kali kedua. Jangkitan virus hepatitis juga boleh berlaku serentak atau pada masa berlainan.

Contoh:

Pesakit boleh dijangkiti VHB dan VHD serentak atau pesakit hepatitis C kronik boleh dijangkiti oleh VHA atau pesakit hepatitis B kronik boleh dijangkiti VHC. Ini adalah kerana jangkitan oleh satu virus hepatitis tidak memberi perlindungan kepada virus yang lain.


Pesakit yang dijangkiti VHB dan VHC biasanya tidak berulang kerana jangkitan yang pertama akan menghasilkan antibodi dan menghalang jangkitan semula.

No comments:

Post a Comment